Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 148

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Pujilah TUHAN!

Pujilah Dia dari langit,

pujilah Dia di tempat-tempat tinggi.

2Pujilah Dia, hai semua malaikat-Nya,

pujilah Dia, hai angkatan syurga.

3Pujilah Dia, hai matahari dan bulan,

pujilah Dia, hai kamu semua bintang bercahaya.

4Pujilah Dia, hai kamu langit di atas langit

dan kamu air di atas segala langit.

5Biar mereka memuji nama TUHAN,

kerana Dia telah memberikan perintah lalu mereka dicipta.

6Dia juga menapakkan mereka selama-lamanya;

Dia membuat ketetapan yang tidak akan lenyap.

7Pujilah TUHAN dari bumi,

hai kamu makhluk besar laut dan bawah lautan,

8api dan hujan batu, salji dan awan,

angin ribut yang menunaikan firman-Nya,

9gunung-ganang dan segala bukit,

pokok berbuah dan semua pokok araz,

10haiwan dan segala lembu kerbau,

binatang menjalar dan burung yang terbang,

11raja-raja di bumi dan semua bangsa,

putera-putera dan semua pemerintah di bumi,

12pemuda dan gadis,

orang tua dan kanak-kanak.

13Biar mereka memuji nama TUHAN,

kerana hanya nama-Nya ditinggikan; kemuliaan-Nya mengatasi bumi dan langit.

14Dan Dia telah mengangkat tinggi tanduk umat-Nya,

pujian seluruh umat-Nya yang warak, anak-anak Israel, umat yang dekat dengan-Nya.

Pujilah TUHAN!